Wednesday, November 26, 2014

Minggu ke-12 Special effect photoshop

Hari ini belajar lebih kepada cara nak menghasilkan photo manipulation.




Imej-imej yang terdapat dalam gambar di atas adalah yang dibekalkan oleh kumpulan yang membuat pembentangan. Jadi saya telah cuba menghasilkan kembali menggunakan gambar yang sama cuma komposisi imej sahaja ada yang berlainan.

Tools yang digunakan:

1.Papan kayu : guna transform>perspective
2.Muka orang:magic wand tool
3.Awan          ; rectangular marque tool>copy,paste & curve(edit gambar)
4.Kompas (yang kat mata) : eccliptical marque tool >copy,paste
5.Buku,sampan kerta,jam   : trasform>wrap& distort
6.Kucing                             :magic wand tool



Minggu ke-11 Asas photoshop

6 November 2014

Untuk sesi kelas pada kali ini, kami mula berjinak-jinak dengan tools yang terdapat dalam photoshop.

Hasil eksperimen saya menggunakan photoshoP:

Gambar asal:

gambar 1

gambar 2

gambar 3

gambar 4

gambar 5

gambar 6

Hasil gabungan dari 6 gambar ini, maka tercetuslah gambar seperti berikut:

tema: fun at garden

skema pulak rasa.biasa sangat.tapi jenuh juga lah nak cut gambar budak 2 orang tu.huhu
Langkah-langkah dalam menghasilkan imej tersebut:

  1. Saya memilih gambar 1 sebagai latar belakang kerana tertarik dengan bunga-bunga yang berwarna warni.
  2. Selepas itu saya memasukkan gambar 2 ke gambar 1.Gambar 2 telah di-cut dengan menggunakan magic wand tool.
  3. Gambar 2 masih tidak kelihatan real,oleh itu saya menggunakan rectangular  marque tool untuk crop dan copy bahagian bunga dan pokok hijau pada gambar 1.Saya juga meletakkan tetapan feather supaya ada sedikit kabur-kabur pada bahagian yang dicrop tadi dan bagi menampakkan seolah-olah gambar berada di belakang pokok dan bunga-bunga tersebut.
  4. Untuk mengubah kedudukan gambar, move tool telah digunakan.
  5. Sama juga langkah yang digunakan dalam meletakkan gambar 5 ke gambar 1.
  6. Rectangular marque tool digunakan pada pokok hijau dan awan bagi gambar 5.
  7. Gambar 4 dan 5 diedit menggunakan magic wand tool dan kemudian dimasukkan ke gambar 1.
  8. Gambar kanak-kanak dicrop menggunakan quick selection tool.
  9. Selesai.simpan gambar.
Masih banyak lagi tool yang belum saya eksplor seperti transform tool. Jadi selepas saya akan cuba menggunakan tool tersebut.

Minggu ke-10 :Pengenalan bagi photoshop

30 Oktober 2014

Pada kelas kali ini, kami belajar pengetahuan asas yang perlu diketahui mengenai photoshop.
Antaranya:

1. Terdapat 2 jenis imej : vector & bitmap(raster)


Vektor
  • dibentuk daripada persamaan matematik
  • dibentuk daripada objek,garisan dan bentuk 
  • saiz boleh diubah (scale) tanpa menjejaskan kualiti imej gambar
cr : here
  • jenis fail : .eps , .ai. , cdr
  • program untuk lukis vektor: illustrator,coreldraw,Freehand
  • vektor grafik yang dihasilkan : logo, illustrasi
Bitmap
  • dibentuk daripada piksel
  • lebih sesuai untuk diedit gambar menggunakan photoshop
  • sesuai untuk kegunaan digital
  • jenis fail : .jpeg, .jpg, . png, .gif
  • apabila diubah saiz ( scale) akan menjejaskan kualiti imej . Contohnya apabila gambar dibesarkan , Photoshop akan menambahkan piksel dan menghasilkan kualiti imej yang rendah
    cr : here

PPI ( pixel per inch)
 Imej digital bitmap diukur berdasarkan piksel. Sebanyak mana pixel pada setiap inchi ditentukan oleh alat yang digunakan dalam menghasilkan gambar seperti scanner, kamera dan ianya boleh diubah menggunakan perisian edit gambar seperti Photoshop.

DPI (dot per inch)
Ini adalah jumlah bagi dot dakwat bagi printer yang terdapat pada setiap piksel gambar. DPI ditetapkan berdasarkan alat printer.



2. Cara untuk membuka fail

cr : here

Name : letakkan nama fail.

Preset : Terdapat banyak pilihan bagi setting ini : clipboard, default photoshop size, U.S. Paper,International Paper, Photo, web, Mobile & Devices, Film & Video dan Custom.Custom adalah lebih sesuai digunakan kerana kita boleh menetapkan sendiri lebar dan tinggi dokumen.

Ukuran : Terdapat dalam piksel, inchi, cm, mm, point, picas, column

color mode: RGB Color ( 8,16, 24 bit).RGB bermaksud red, blue, green dimana semua imej yang diklasifikasikan sebagai RGB terdiri daripada tiga warna ini.

contoh :
credits : here
Seperti gambar burung diatas, warna-warna yang menghasilkan imej ini adalah gabungan dari warna merah,biru dan hijau. Buktinya dapat dilihat daripada Info Pallete

credits to google


credits to google


bacaan yang menarik saya jumpa di sini

3. Paparan view pada photoshop

View> zoom in/zoom out/fot on screen/print size

Saturday, November 1, 2014

Minggu ke-9 :Fotografi still-life

Fotografi still-life ini adalah untuk mengambil gambar objek-objek yang pegun ataupun dikatakan objek yang mati

Tips-tips untuk mengambil gambar still-life


  • Pilih backgroung yang menarik
  • Pastikan pencahayaan yang mencukupi
  • Ambil dari pelbagai sudut pandang dan lakukan cropping
Seterusnya, saya telah mencuba untuk mengambil gambar objek still-life dengan menggunakan studio homemade.hehe.studio buatan sendiri,kecil sahaja ruangnya. saya menggunakan latar belakang putih , oleh itu beberapa helai kertas a4 dan 2 fail putih telah digunakan sebagai props untuk studio super mini tersebut.Maaf terlupa nak ambil gambar studio nya.Objek yang dipilih oleh saya adalah alat solek. Walaubagaimanapun saya merasakan saya masih perlu banyak latihan lagi kerana gambar yang dihasilkan tidak begitu menarik dan agak gelap.
Jum lihat gambar:

camera NIKON D3000

F-stop:f/5.6
ISO:200
Shutter speed : 1/2 sec

F-stop : f/5.6
ISO : 200
Shutter speed : 1/6 sec

F-stop:f/5.6
ISO : 200
Shutter speed : 1/5 sec

F-stop: f/5.6
Shutter speed : 1/4 sec
ISO : 200

gambar ni guna mode auto tak silap
F-stop: f/4
ISO:100
Shutter speed: 1/125 sec
with Flash

F-stop:f/5.6
Shutter speed : 1/2 sec
ISO:200
with flash
F-stop:f/5.6
Shutter speed:1/8 sec
ISO:200
F-stop:f/5.6
Shutter speed:1/4 sec
ISO;200
with flash


Ok fine baru perasan, ISO tu rendah kot nilai sebab tu gambar gelap. Boleh terlupa pula setting yang tu.huwaaa..tak apa ada masa nanti saya tangkap lagi gambar.