Tuesday, December 30, 2014

Assignment Poster

Untuk Assignment poster saya buat satu je,tak buat lebih pun.Sebab satu pun dah ambil masa hampir satu hari untuk buat.huhu





Assignment Photo Manipulation

Saja nak berkongsi hasil kerja yang tak seberapa but still takes a lot of  time to complete it. almaklumlah tak expert.


Gambar pertama ini, pertama sekali buat sejurus lepas habis belajar photo manipulation dalam kelas.
Tool yang digunakan transform untuk papan kayu tu, liguify untuk pokok hijau tu dan brush_mask bagi jam tu.



Gambar kedua ni pula tak tahu mana entah datang idea.Mula-mula rancang nak buat lain tetapi bila buat2 datang pula idea yang lain. Pelik kan kenapa budak tu seorang je baca buka,ikan yang lain tu duk make-up bagai. hehe.Sebenarnya nak bagitahu yang budak tu rajin baca buku,ikan2 pula suka make-up.ha..boleh tak macam tu.Padahal sebenarnya sayang nak buang budak mermaid tu sebab dah cantik dah blend badan dia dengan ekor mermaid tu.huhu


Gambar ketiga ini  pula ikut tutorial dari Internet. Susah jugak ada 30 step tak silap.Dah kehabisan idea masa ni so kita follow je la online punya.


Gambar keempat ni percubaan nak guna mask tu, Hari tu belajar dalam kelas lepas tu lupa. Tanya kawan semula baru faham. Masa buat ni dapat belajar cara nak blurkan gambar belakang tu guna lens blur.


Gambar kelima ini , tak ada idea pun.Sama je macam gambar keempat guna mask juga. Cuma sebagai tambahan gabungkan(blend) kan 2 background je.


Gambar keenam.Motif?Nak buat ala-ala real frame. Mula-mula buat oren zip tu yang bukak ada epal lepas tu letak kat bakul buah tapi rasa kosong pula. Jadi buat pula buah pear + mentol tu. Lepas tu saja je tambah rumput dan rama-rama sebab rasa kosong.huhu.
Jadi dapat lah hasilnya sebegitu rupa.

Thursday, December 11, 2014

Minggu ke -14 :Printing

Dalam printing, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu.

Printing melibatkan piksel per inch.
Resolusi gambar pada komputer adalah 72-96. Walaupun ia nampak cantik pada skrin komputer, namun ianya tidak sesuai untuk diprint kerana akan menghasilkan gambar yang low quality atau pun gambar yang blur (jaggered). Oleh kerana itu gamabr yang akan di print perlu menggunakan resolusi yang tinggi. Gambar yang mempunyai resolusi(dpi) 72 dan 300 ,tidak akan nampak perbezaanya di kompute. Kerana seperti yang telah dinyatakn resolusi terbahagi kepada 2 iaitu untuk gambar komputer dan gambar print.Oleh itu kedua2 gambar tersebut akan menghasilkan gambar yang berbeza apabila di print.

3 perkara penting untuk printing;
-piksel dimension(pi)
-saiz dokumen(inch)
-resolution (dpi)

formula:
pixel/dpi = inch

*dpi - standard minimum for printed picture

Rule: Don't downsize your digital photos for printing

Nak print kena tahu kesusaian.Contoh kalau nak print untuk banner yang letak kat jalan raya (outdoor) boleh guna 150 dpi sebab tak da  orang nak tengok poster tu dekat2. Kalau indoor macam gambar produk contohnya guna 300 dpi dan ke atas sebab kat depan mata kan poster tu jadi mesti orang nak tengok dekat-dekat, jadi gambar kena lah sharp.

Resizing vs resampling.
Resizing  will keep pixel dimension, we just simply change size image for printing. Meanwhile resampling means you change number of pixel in image so the quality also change.

Cara nak baiki resolusi.
1. Decreasing the image image size
2.Recapturing picture at high quality size.

available printing size
cr:google

Monday, December 1, 2014

Minggu ke-13 special effect photoshop part 2

Banyak perkara yang dipelajari bagi special effect ini.Kalau nak diceritakan punya lah panjang lebar,jadi saya ringkaskan beberapa perkara  ataupun simply revise back.

Hari tu Dr. ada tanya dekat kelas apakah tool/menu dalam photoshop yang saya suka?
Jadi saya jawab kat sini.
Saya suka magic wand tool dan transform tool. Nama pun magic, jadi dalam masa beberapa saat je kita boleh dapat imej yang kita nak tu. Transform tool pun same,just tarik point pada gambar dan gambar pun akan nampak bezanya.

Tool/menu photoshop yang tidak disukai?
Hem..lasso tool. Sebab nak potong tu kene free hand,jadi kemungkinan benda yang tak patut dipotong akan terpotong.

Selection tool dalam photoshop:
-lasso tool
-wand tool
-marque tool
Ini adalah tool yang penting kena tahu kalau kita akan bekerja dengan imej yang melibatkan selection.

Pada minggu ke-13 ini, retouching tool telah dipelajari.

Retouching tool ni guna nya untuk mencantikkan(touch-up) gambar.
Ada 4 tools bagi retouching tool ini iaitu:
1.Spot healing brush tool 
2.Healing brush tool
3. Clone stamp tool 
4.Pattern stamp tool

Keempat-empat ini fungsi nya lebih kurang sama sahaja jadi kena faham betul2.

1. Spot healing brush tool - biasanya guna nak touch up bahagian tertentu.Bahagian yang kecil sahaja.contoh dalam gambar yang ada jerawat kat muka. So nak guna tool ni,just pilih brush dan klik pada jerawat tu.
2.Healing brush tool- untuk touch up bahagian yang irregular shape.contoh macam ada scratch panjang kat muka.Pergi ke bahagian muka yang tak ada scratch ,tekan alt+ click,lepas tu pergi balik tempat yang ada scratch paste dekat situ.
3.Clone stamp tool - to sample pixels from one part of the image to paint in another
4.Pattern stamp tool -  it allows you to select a pattern in the Options bar and paint using the chosen pattern as your image source

Healing bruch tool dan clone stamp tool ini pun kita boleh gunakan kalau kita nak klonkan imej.
Contoh : 
asal

Daripada gambar, kita boleh lihat perbezaan apabila guna, healing brush tool dan clone stamp tool.

Mengikut istilah Dr. healing ni dia cuba pandai.hem.macam mana tu?Okay.apabila guna healing brush tool ni, dia klon piksel gambar yng kita duplicate tu dan dalam masa dia juga blend piksel gambar kita dengan piksel pada gambar yang kita letak tu.Jadi nampak lah macam real imej nye.

Clone stamp tool pula klonkan exactly piksel daripada gambar untuk tutup gambar lain(latar belakang).Jadi dia tak akan blend macam healing brush tool tadi.



Wednesday, November 26, 2014

Minggu ke-12 Special effect photoshop

Hari ini belajar lebih kepada cara nak menghasilkan photo manipulation.




Imej-imej yang terdapat dalam gambar di atas adalah yang dibekalkan oleh kumpulan yang membuat pembentangan. Jadi saya telah cuba menghasilkan kembali menggunakan gambar yang sama cuma komposisi imej sahaja ada yang berlainan.

Tools yang digunakan:

1.Papan kayu : guna transform>perspective
2.Muka orang:magic wand tool
3.Awan          ; rectangular marque tool>copy,paste & curve(edit gambar)
4.Kompas (yang kat mata) : eccliptical marque tool >copy,paste
5.Buku,sampan kerta,jam   : trasform>wrap& distort
6.Kucing                             :magic wand tool



Minggu ke-11 Asas photoshop

6 November 2014

Untuk sesi kelas pada kali ini, kami mula berjinak-jinak dengan tools yang terdapat dalam photoshop.

Hasil eksperimen saya menggunakan photoshoP:

Gambar asal:

gambar 1

gambar 2

gambar 3

gambar 4

gambar 5

gambar 6

Hasil gabungan dari 6 gambar ini, maka tercetuslah gambar seperti berikut:

tema: fun at garden

skema pulak rasa.biasa sangat.tapi jenuh juga lah nak cut gambar budak 2 orang tu.huhu
Langkah-langkah dalam menghasilkan imej tersebut:

  1. Saya memilih gambar 1 sebagai latar belakang kerana tertarik dengan bunga-bunga yang berwarna warni.
  2. Selepas itu saya memasukkan gambar 2 ke gambar 1.Gambar 2 telah di-cut dengan menggunakan magic wand tool.
  3. Gambar 2 masih tidak kelihatan real,oleh itu saya menggunakan rectangular  marque tool untuk crop dan copy bahagian bunga dan pokok hijau pada gambar 1.Saya juga meletakkan tetapan feather supaya ada sedikit kabur-kabur pada bahagian yang dicrop tadi dan bagi menampakkan seolah-olah gambar berada di belakang pokok dan bunga-bunga tersebut.
  4. Untuk mengubah kedudukan gambar, move tool telah digunakan.
  5. Sama juga langkah yang digunakan dalam meletakkan gambar 5 ke gambar 1.
  6. Rectangular marque tool digunakan pada pokok hijau dan awan bagi gambar 5.
  7. Gambar 4 dan 5 diedit menggunakan magic wand tool dan kemudian dimasukkan ke gambar 1.
  8. Gambar kanak-kanak dicrop menggunakan quick selection tool.
  9. Selesai.simpan gambar.
Masih banyak lagi tool yang belum saya eksplor seperti transform tool. Jadi selepas saya akan cuba menggunakan tool tersebut.

Minggu ke-10 :Pengenalan bagi photoshop

30 Oktober 2014

Pada kelas kali ini, kami belajar pengetahuan asas yang perlu diketahui mengenai photoshop.
Antaranya:

1. Terdapat 2 jenis imej : vector & bitmap(raster)


Vektor
  • dibentuk daripada persamaan matematik
  • dibentuk daripada objek,garisan dan bentuk 
  • saiz boleh diubah (scale) tanpa menjejaskan kualiti imej gambar
cr : here
  • jenis fail : .eps , .ai. , cdr
  • program untuk lukis vektor: illustrator,coreldraw,Freehand
  • vektor grafik yang dihasilkan : logo, illustrasi
Bitmap
  • dibentuk daripada piksel
  • lebih sesuai untuk diedit gambar menggunakan photoshop
  • sesuai untuk kegunaan digital
  • jenis fail : .jpeg, .jpg, . png, .gif
  • apabila diubah saiz ( scale) akan menjejaskan kualiti imej . Contohnya apabila gambar dibesarkan , Photoshop akan menambahkan piksel dan menghasilkan kualiti imej yang rendah
    cr : here

PPI ( pixel per inch)
 Imej digital bitmap diukur berdasarkan piksel. Sebanyak mana pixel pada setiap inchi ditentukan oleh alat yang digunakan dalam menghasilkan gambar seperti scanner, kamera dan ianya boleh diubah menggunakan perisian edit gambar seperti Photoshop.

DPI (dot per inch)
Ini adalah jumlah bagi dot dakwat bagi printer yang terdapat pada setiap piksel gambar. DPI ditetapkan berdasarkan alat printer.



2. Cara untuk membuka fail

cr : here

Name : letakkan nama fail.

Preset : Terdapat banyak pilihan bagi setting ini : clipboard, default photoshop size, U.S. Paper,International Paper, Photo, web, Mobile & Devices, Film & Video dan Custom.Custom adalah lebih sesuai digunakan kerana kita boleh menetapkan sendiri lebar dan tinggi dokumen.

Ukuran : Terdapat dalam piksel, inchi, cm, mm, point, picas, column

color mode: RGB Color ( 8,16, 24 bit).RGB bermaksud red, blue, green dimana semua imej yang diklasifikasikan sebagai RGB terdiri daripada tiga warna ini.

contoh :
credits : here
Seperti gambar burung diatas, warna-warna yang menghasilkan imej ini adalah gabungan dari warna merah,biru dan hijau. Buktinya dapat dilihat daripada Info Pallete

credits to google


credits to google


bacaan yang menarik saya jumpa di sini

3. Paparan view pada photoshop

View> zoom in/zoom out/fot on screen/print size

Saturday, November 1, 2014

Minggu ke-9 :Fotografi still-life

Fotografi still-life ini adalah untuk mengambil gambar objek-objek yang pegun ataupun dikatakan objek yang mati

Tips-tips untuk mengambil gambar still-life


  • Pilih backgroung yang menarik
  • Pastikan pencahayaan yang mencukupi
  • Ambil dari pelbagai sudut pandang dan lakukan cropping
Seterusnya, saya telah mencuba untuk mengambil gambar objek still-life dengan menggunakan studio homemade.hehe.studio buatan sendiri,kecil sahaja ruangnya. saya menggunakan latar belakang putih , oleh itu beberapa helai kertas a4 dan 2 fail putih telah digunakan sebagai props untuk studio super mini tersebut.Maaf terlupa nak ambil gambar studio nya.Objek yang dipilih oleh saya adalah alat solek. Walaubagaimanapun saya merasakan saya masih perlu banyak latihan lagi kerana gambar yang dihasilkan tidak begitu menarik dan agak gelap.
Jum lihat gambar:

camera NIKON D3000

F-stop:f/5.6
ISO:200
Shutter speed : 1/2 sec

F-stop : f/5.6
ISO : 200
Shutter speed : 1/6 sec

F-stop:f/5.6
ISO : 200
Shutter speed : 1/5 sec

F-stop: f/5.6
Shutter speed : 1/4 sec
ISO : 200

gambar ni guna mode auto tak silap
F-stop: f/4
ISO:100
Shutter speed: 1/125 sec
with Flash

F-stop:f/5.6
Shutter speed : 1/2 sec
ISO:200
with flash
F-stop:f/5.6
Shutter speed:1/8 sec
ISO:200
F-stop:f/5.6
Shutter speed:1/4 sec
ISO;200
with flash


Ok fine baru perasan, ISO tu rendah kot nilai sebab tu gambar gelap. Boleh terlupa pula setting yang tu.huwaaa..tak apa ada masa nanti saya tangkap lagi gambar.


Wednesday, October 29, 2014

Minggu ke 8: Mencuba bulb setting!

Dua hari yang lalu saya dengan kawan saya, syakila mencuba bulb setting. Excited betul pegang dslr yang dipinjam dari fakulti,tak sabar betul nak buat bulb setting. Tripod dah pasang.sambil-sambil tu duk cari bulb setting.Kami berdua belek-belek camera dslr tu la ( kat mode selector)

masing-masing."mana..mana..tak ada pun tulis bulb..bukan hari tu en.fuad ada kat situ ke".."ala macam mana ni..susah nya ingat kan senang"...."jom google"

lepas itu kami pun google dan jumpa lah step nya,kami baca dan apa yang kami faham tangkap je gambar macam biasa settingnya,cuma shutter speed tu kurangkan.lepas tu kami pun tangkap gambar..dan peliknya...nak lukis bulat tapi dapat separuh bulat je.yang lagi kelakarnya ada juga dapat se-dot cahaya saja..


Kamera : NIKON D3000




f-stop f/8
exposure time 1/8 sec
ISO-200


yang kawan saya selaku jurugambar tu scroll2 shutter speed(sampai habis*means dah tak boleh scroll lagi) untuk kurangkan masa dan baru notice kat monitor tu dah keluar 'BULB' okay..baru faham!haha..tergelak-gelak dibuatnya.pandai betul.baru faham kt internet tadi duk cakap apa..jadi proses ambil gambar lepas tu berjalan dengan lancar.kami shoot kat dalam bilik je dengan menggunakan cahaya lampu suluh dan mouse. Mula-mula tu nampak gak kelibat kami dalam gambar itu, jadi kami ubah aperture, besar kan saiz supaya jadi gelap and it works! gembira teramat tapi tangan tak berapa seni pula,hasilnya pun biasa-biasa je la..hehe.ok.let the pictures talk


aperture: f/11
speed= bulb (9')
ISO-100

aperture; f/22
speed:bulb(16')
iso-100

aperture:f/11
speed:BULB (17')
ISO-100


POKOK TAK JADI
aperture:f/25
speed:Bulb(27')
ISO-100

aperture:f/25
speed:Bulb(11')
ISO-100
So,after all, nak buat bulb setting:

-just scroll habis speed shutter then akan notice ada perkataan BULB kat monitor.
-letak kamera kat tripod
-fokus
-dah ready, tekan shutter button dan lepaskan shutter button apabila dah siap melukis.Kalau lama melukis nya, lama lah shuttter button tu ditekan.Jangan risau hasilnya pasti mengujakan, walaupun pokok tak cukup daun :p

Monday, October 20, 2014

Minggu ke 6 : Shooting techniques

Komposisi imej

Hasil google-ing , banyak rule komposisi imej yang dijumpai, ada 18, ada 10 dan ada 5. Jom tengok rules tersebut.

Komposisi yang baik adalah antara elemen fotografi yang baik, namun ia aagak sukar untuk dikenalpasti.

yang ada 5 ni bukan rules tetapi elemen komposisi,

 pattern

cr;google

symmetry


texture

depth of field

lines



source:http://digital-photography-school.com/5-elements-of-composition-in-photography/

Next, 10 rule

1)Simplicity the scene
-choose your subject
2)Fill the frame
--use zoom or get closer to subject

3)Aspect ratio

4)Avoid the middle
-use rule of third

5)Leading lines

6)Use diagonal
7)Space to move

8)Background

9)Creative with color

10)Breaking the rules

kredit:http://www.digitalcameraworld.com/2012/04/12/10-rules-of-photo-composition-and-why-they-work/

lets try and practice!